CARA CLAIM INSURAN UNTUK BAIKI KEROSAKAN KERETA & APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN.
Jika
terlibat dalam kemalangan apa yang perlu dilakukan adalah :
1. Anda jangan panik, kekal tenang dan
2. Keluar dari kenderaan dan cuba selamatkan mangsa yang turut terlibat.
3. Ambil gambar tempat kejadian berserta nombor plat kenderaan yang terlibat
dalam kemalangan. PENTING !! Ambil gambar setiap sisi kereta anda untuk proses
tuntuan insuran.
4. Jika sempat ambil video tempat kejadian, untuk rujukan.
5. Jika boleh alihkan kenderaan anda, bawa ke bahu jalan untuk mengelakkan
kesesakan laluan itu.
6. Pastikan kerosakan kenderaan anda. Jika teruk dan tidak boleh bergerak anda
perlu call insuran anda untuk mendapatkan perkhidmatan towing oleh tow truck
yang bertauliah sahaja. Jangan mudah untuk mengambil tow truck yang ingin
memberikan perkhidmatan mereka.
7. Cuba berbincang, jaga emosi dan ajak ke balai polis berhampiran untuk
membuat laporan.
Kawal emosi bila terlibat kemalangan |
8.
Semasa membuat laporan ceritakan sepenuhnya mengenai bagaimana kemalangan
berlaku. Anda mempunyai 24 jam untuk membuat laporan, adalah lebih baik jika
mempunyai masa dan tidak perlu mendapatkan rawatan untuk terus membuat laporan
polis.
9. Tunggu pegawai penyiasat dan jurugambar polis untuk lakukan siasatan di
tempat berlakunya kemalangan.
10.
Setelah laporan dibuat, anda dikehendaki berjumpa dengan pegawai penyiasat di
Balai Polis tersebut. Pada masa ini kemungkinan besar anda akan disaman, kerana
tugas merekan adalah untuk mencari kesalahan anda. Cuba untuk pertahankan diri
anda jika anda rasa tak bersalah dan ketika kemalangan anda berada di lorong
yang betul. Jika tidak saman akan dikeluarkan yang menyebabkan anda di senarai
hitam jika tidak membuat bayaran saman dalam 1 Tahun.
11. Dapatkan salinan laporan polis di kaunter, anda perlu membuat pembayaran
untuk dapatkannya.
12. Dapatkan gambar dari jurugambar polis untuk tujuan tuntutan insuran.
13. Setelah selesai anda boleh balik dengan tenang.
Kemalangan merupakan satu kejadian yang berlaku tanpa diduga dan tidak siapa
yang inginkan, walau bagimana berhati-hati ketika memandu dan setiap kejadian
terimalah segalanya dengan redha dan tenang.
Untuk
langkah seterusnya bawa kenderaan anda ke bengkel yang diiktiraf oleh insuran
anda atau disenaraikan sebagai bengkel panel insuran Zurich atau lain-lain.
Untuk
memudahkan segala urusan anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang berkenaan.
- Salinan Laporan Polis
- Gambar kejadian
- Polisi insuran
- Salinan geran kereta
- Salinan kad pengenalan
Anda
akan di kehendaki mengisi borang tuntutan insuran
Setelah
semua selesai bawa wakil bengkel untuk lihat segala kerosakan di kereta.
Selesai semua diatas anda hanya perlu tunggu ‘ Insurance Adjuster ‘ beberapa
hari selepas itu untuk luluskan tuntutan dan proses baiki kenderaan anda akan
bermula.
Pastikan anda kerap menelefon bengkel yang membaiki kenderaan anda untuk
bertanya keadaan kereta anda.
Setelah
proses baik pulih kereta anda siap, lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kereta
anda.
Inilah sedikit sebanyak tips jika anda terlibat dengan kemalangan.
Jika ingin penerangan tentang insuran kenderaan boleh KLIK SINI
Kami di Nursafriza Agency akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk urusan Insurans, Cukai Jalan, Urusan Pusakom, Urusan JPJ dan berkaitan.
No comments:
Post a Comment