Sunday, September 1, 2019

APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN

CARA CLAIM INSURAN UNTUK BAIKI KEROSAKAN KERETA & APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN.

Jika terlibat dalam kemalangan apa yang perlu dilakukan adalah :


1. Anda jangan panik, kekal tenang dan 

2. Keluar dari kenderaan dan cuba selamatkan mangsa yang turut terlibat.

3. Ambil gambar tempat kejadian berserta nombor plat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. PENTING !! Ambil gambar setiap sisi kereta anda untuk proses tuntuan insuran.

4. Jika sempat ambil video tempat kejadian, untuk rujukan. 

5. Jika boleh alihkan kenderaan anda, bawa ke bahu jalan untuk mengelakkan kesesakan laluan itu. 

6. Pastikan kerosakan kenderaan anda. Jika teruk dan tidak boleh bergerak anda perlu call insuran anda untuk mendapatkan perkhidmatan towing oleh tow truck yang bertauliah sahaja. Jangan mudah untuk mengambil tow truck yang ingin memberikan perkhidmatan mereka. 

7. Cuba berbincang, jaga emosi dan ajak ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Kawal emosi bila terlibat kemalangan 
8. Semasa membuat laporan ceritakan sepenuhnya mengenai bagaimana kemalangan berlaku. Anda mempunyai 24 jam untuk membuat laporan, adalah lebih baik jika mempunyai masa dan tidak perlu mendapatkan rawatan untuk terus membuat laporan polis. 

9. Tunggu pegawai penyiasat dan jurugambar polis untuk lakukan siasatan di tempat berlakunya kemalangan.

10. Setelah laporan dibuat, anda dikehendaki berjumpa dengan pegawai penyiasat di Balai Polis tersebut. Pada masa ini kemungkinan besar anda akan disaman, kerana tugas merekan adalah untuk mencari kesalahan anda. Cuba untuk pertahankan diri anda jika anda rasa tak bersalah dan ketika kemalangan anda berada di lorong yang betul. Jika tidak saman akan dikeluarkan yang menyebabkan anda di senarai hitam jika tidak membuat bayaran saman dalam 1 Tahun. 


11. Dapatkan salinan laporan polis di kaunter, anda perlu membuat pembayaran untuk dapatkannya.

12. Dapatkan gambar dari jurugambar polis untuk tujuan tuntutan insuran.

13. Setelah selesai anda boleh balik dengan tenang.

Kemalangan merupakan satu kejadian yang berlaku tanpa diduga dan tidak siapa yang inginkan, walau bagimana berhati-hati ketika memandu dan setiap kejadian terimalah segalanya dengan redha dan tenang.  

Untuk langkah seterusnya bawa kenderaan anda ke bengkel yang diiktiraf oleh insuran anda atau disenaraikan sebagai bengkel panel insuran Zurich atau lain-lain.

Untuk memudahkan segala urusan anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang berkenaan.
  1.          Salinan Laporan Polis
  2.          Gambar kejadian
  3.          Polisi insuran
  4.          Salinan geran kereta
  5.          Salinan kad pengenalan

Anda akan di kehendaki mengisi borang tuntutan insuran
Setelah semua selesai bawa wakil bengkel untuk lihat segala kerosakan di kereta.


Selesai semua diatas anda hanya perlu tunggu ‘ Insurance Adjuster ‘ beberapa hari selepas itu untuk luluskan tuntutan dan proses baiki kenderaan anda akan bermula. 

Pastikan anda kerap menelefon bengkel yang membaiki kenderaan anda untuk bertanya keadaan kereta anda. 


Setelah proses baik pulih kereta anda siap, lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kereta anda. 


Inilah sedikit sebanyak tips jika anda terlibat dengan kemalangan.

Jika ingin penerangan tentang insuran kenderaan boleh KLIK SINI

Kami di Nursafriza Agency akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk urusan Insurans, Cukai Jalan, Urusan Pusakom, Urusan JPJ dan berkaitan.




PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BAYAR INSURAN DAN CUKAI JALAN

Berapa ramai di antara kita yang masih keliru dalam proses untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan? Bagi lelaki ini bukan masalah untuk ...