Wednesday, August 14, 2019

KESAN TIDAK MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KESELAMATAN (Seat Belt)

Saya pernah menegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip" di kereta beliau.

Contoh : Seat Belt Clip
Dengan tanpa rasa bersalah beliau menjawab
"Senang doktor, pasang benda ini takde bunyi alarm". Runsing saya mendengar jawapan dari seorang ketua keluar 3 orang anak.

Ketika itu saya baru melapor diri bertugas di tempat baru, agak rumit untuk saya lepaskan kerisauan saya padanya, hati tetap rasa bersalah, tak silap saya ketika itu baru seminggu baru melapor diri.

Bagi yang pertama kali mendengar tentang " Seat Belt Clip", alat ini adalah satu benda untuk menipu sistem penggera tali pinggang keledar di dalam kebanyakan kereta baru.

Dengan hanya klip di ruang tali pinggang keledar maka bunyi bingit penggera yang mengigatkan agar pemandu atau penumpang supaya memakai tali pinggang keselamatan tidak akan berbunyi.

Hebatkan inovasi dari orang kita? Inovasi yang menambah mudarat.
Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang barat, kita berjaya menipu teknologi Jepun dan yang paling penting kita berjaya 'jatuhkan' Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Tahniah dan Syabas di ucapkan !!

Ok, jangan jadi pembaris untuk percaya ayat akhir tu, Sarcasm.
Jika tuan puan perasan sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalanraya yang maut akibat tercampak dari kenderaan?
Pada tahun 2017, ada satu kes kemalanggan maut dimana pemandu tercampak keluar dari kenderaan.
Melalui gambar yang dikongsi jelas kelihatan "Seat Belt Clip" telah digunakan. 'Air Bag' berfungsi dang baik "deployed" kerana "tertipu" menyangka pemandu telah memakai tali pinggang keledar. Malangnya 'klip' dan 'airbag' tidak dapat menyelamatkan mangsa dari tercampak keluar.

Syarikat Volvo yang mencipta tali pinggang keledar 3 point (3 point seatbelt) tidak mahu meletakkan patent ke atas ciptaan mereka kerana mahukan ciptaan mereka menyelamatkan sebanyak nyawa yang mungkin. Ia ciptaan yang "low tech, high impact". Orang putih cakap "It's simple Physics".
Tapi di Malaysia, tak ramai yang mampu fahami "simple physics", malah "simple logic" pun susah. Sistem yang dibina untuk selamatkan nyawa, dianggap menyusahkan.
Dah beli kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit dengan berbagai sistem keselamatan pasif dan aktif, ditambah pula aksesori berharga hingga RM 20 untuk "tipu" sistem yang ada.
Saya mohon rakan - rakan hentikan "menipu" sistem keselamatan kenderaan. Hentikan buat perkara tak berguna macam ni.
"Aah, aku drive elok - elok. 20 tahun bawak kereta takde masalah punya. Takdenye nak accident."
Ya, setiap kemalangan jalan raya yang berlaku semuanya berlaku tanpa disangka. Nama pun "accident". Tapi, kita mesti la berikhtiar. Kena la usahakan supaya jika berlakunya kemalangan jalan raya, kita tidak tercampak keluar dari kenderaan.
Selamatkan nyawa.
Pakai tali pinggang keledar.
Buckle up.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia

No comments:

Post a Comment

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BAYAR INSURAN DAN CUKAI JALAN

Berapa ramai di antara kita yang masih keliru dalam proses untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan? Bagi lelaki ini bukan masalah untuk ...