Monday, August 19, 2019

PERBEZAAN INSURAN 1ST PARTY DAN 3RD PARTY UNTUK INSURAN KENDERAAN


INI ADALAH SEDIKIT PERBEZAAN ANTARA 1ST PARTY DAN 3RD PARTY INSURAN KENDERAAN

Insuran 1st Party akan membayar kos repair kereta anda sekiranya anda melanggar orang lain atau anda dilanggar orang lain. Bagi kes anda dilanggar orang lain, kebiasaannya anda boleh buat tuntutan Insuran 3rd Party kecuali kes langgar lari. Anda juga boleh buat tuntutan sekiranya kemalangan terjadi atas sbab kecuaian sendiri contohnya kemalangan akibat tertidur atau masalah brek.

Manakala Insuran 3rd Party hanya membayar kos repair orang yang anda langgar. Contohnya anda ambil Insuran 3rd Party, kemudian anda kemalangan anda melanggar kereta Siti Nurhaliza. Anda tidak boleh buat tuntutan baiki kereta anda, tetapi Siti Nurhaliza boleh buat tuntutan repair dan selepas Siti Nurhaliza buat tuntutan, NCD anda akan jadi 0%

Beza yang ketara adalah kebolehan untuk buat tuntutan untuk kereta sendiri adalah berbez antar Insuran 1st Party dan 3rd Party.

TOWING UNTUK KEMALANGAN DAN BREAKDOWN

Antara kelebihan Insuran 1st Party yang disediakan ialah towing untuk kes kemalangan dan breakdown.
Insuran 1st Party menyediakan towing & assist sekiranya kereta anda kemalangan atau breakdown. Assist ini juga termasuk kes breakdown seperti bantuan bateri, tayar pecah dan kerosakan minor.
Manakala bagi Insuran 3rd Party tidak menyediakan towing/assist. Sekiranya anda kemalangan atau kereta breakdown, anda perlu keluarkan kos sendiri untuk tujuan towing.

PERLINDUNGAN TAMBAHAN DALAM POLISI
Insuran 3rd party mempunyai rider yang sangat terhad. Cermin dan banjir adalah rider yang confirm 3rd party tak ada. Sekiranya anda melanggan 3rd party, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kos repiar kereta anda termasuk cermin.
Perlindungan tambahan atau juga disebut penambahan rider . Perlindungan tambahan selain untuk kemalangan. Bagi Insuran 1st Party ada banyak rider boleh ditambah seperti banjir / rusuhan / cermin dan passangger liability. Kebanyakkan rider-rider ini hanya ada dalam insuran 1st Party.
Manakala Insuran 3rd Party mempunyai rider yang sangat terhad. Sekarang ada sedikit kelebihan untuk Insuran 3rd Party kerana adanya Fire Protection Snatch & Thef
Berdasarkan sedikit perbandingan Insuran 1st Party dan Insuran 3rd Party. dapat membantu anda untuk memilih perlindungan yang terbaik bagi kenderaan anda.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi

NURSAFRIZA AGENCY
Pejabat : 09-764 2623
WhatsApp : Click Sini



No comments:

Post a Comment

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BAYAR INSURAN DAN CUKAI JALAN

Berapa ramai di antara kita yang masih keliru dalam proses untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan? Bagi lelaki ini bukan masalah untuk ...