Sunday, September 1, 2019

APA YANG PERLU DILAKUKAN BILA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN

CARA CLAIM INSURAN UNTUK BAIKI KEROSAKAN KERETA & APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN.

Jika terlibat dalam kemalangan apa yang perlu dilakukan adalah :


1. Anda jangan panik, kekal tenang dan 

2. Keluar dari kenderaan dan cuba selamatkan mangsa yang turut terlibat.

3. Ambil gambar tempat kejadian berserta nombor plat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. PENTING !! Ambil gambar setiap sisi kereta anda untuk proses tuntuan insuran.

4. Jika sempat ambil video tempat kejadian, untuk rujukan. 

5. Jika boleh alihkan kenderaan anda, bawa ke bahu jalan untuk mengelakkan kesesakan laluan itu. 

6. Pastikan kerosakan kenderaan anda. Jika teruk dan tidak boleh bergerak anda perlu call insuran anda untuk mendapatkan perkhidmatan towing oleh tow truck yang bertauliah sahaja. Jangan mudah untuk mengambil tow truck yang ingin memberikan perkhidmatan mereka. 

7. Cuba berbincang, jaga emosi dan ajak ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.
Kawal emosi bila terlibat kemalangan 
8. Semasa membuat laporan ceritakan sepenuhnya mengenai bagaimana kemalangan berlaku. Anda mempunyai 24 jam untuk membuat laporan, adalah lebih baik jika mempunyai masa dan tidak perlu mendapatkan rawatan untuk terus membuat laporan polis. 

9. Tunggu pegawai penyiasat dan jurugambar polis untuk lakukan siasatan di tempat berlakunya kemalangan.

10. Setelah laporan dibuat, anda dikehendaki berjumpa dengan pegawai penyiasat di Balai Polis tersebut. Pada masa ini kemungkinan besar anda akan disaman, kerana tugas merekan adalah untuk mencari kesalahan anda. Cuba untuk pertahankan diri anda jika anda rasa tak bersalah dan ketika kemalangan anda berada di lorong yang betul. Jika tidak saman akan dikeluarkan yang menyebabkan anda di senarai hitam jika tidak membuat bayaran saman dalam 1 Tahun. 


11. Dapatkan salinan laporan polis di kaunter, anda perlu membuat pembayaran untuk dapatkannya.

12. Dapatkan gambar dari jurugambar polis untuk tujuan tuntutan insuran.

13. Setelah selesai anda boleh balik dengan tenang.

Kemalangan merupakan satu kejadian yang berlaku tanpa diduga dan tidak siapa yang inginkan, walau bagimana berhati-hati ketika memandu dan setiap kejadian terimalah segalanya dengan redha dan tenang.  

Untuk langkah seterusnya bawa kenderaan anda ke bengkel yang diiktiraf oleh insuran anda atau disenaraikan sebagai bengkel panel insuran Zurich atau lain-lain.

Untuk memudahkan segala urusan anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang berkenaan.
  1.          Salinan Laporan Polis
  2.          Gambar kejadian
  3.          Polisi insuran
  4.          Salinan geran kereta
  5.          Salinan kad pengenalan

Anda akan di kehendaki mengisi borang tuntutan insuran
Setelah semua selesai bawa wakil bengkel untuk lihat segala kerosakan di kereta.


Selesai semua diatas anda hanya perlu tunggu ‘ Insurance Adjuster ‘ beberapa hari selepas itu untuk luluskan tuntutan dan proses baiki kenderaan anda akan bermula. 

Pastikan anda kerap menelefon bengkel yang membaiki kenderaan anda untuk bertanya keadaan kereta anda. 


Setelah proses baik pulih kereta anda siap, lakukan pemeriksaan menyeluruh pada kereta anda. 


Inilah sedikit sebanyak tips jika anda terlibat dengan kemalangan.

Jika ingin penerangan tentang insuran kenderaan boleh KLIK SINI

Kami di Nursafriza Agency akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk urusan Insurans, Cukai Jalan, Urusan Pusakom, Urusan JPJ dan berkaitan.




Monday, August 19, 2019

PERBEZAAN INSURAN 1ST PARTY DAN 3RD PARTY UNTUK INSURAN KENDERAAN


INI ADALAH SEDIKIT PERBEZAAN ANTARA 1ST PARTY DAN 3RD PARTY INSURAN KENDERAAN

Insuran 1st Party akan membayar kos repair kereta anda sekiranya anda melanggar orang lain atau anda dilanggar orang lain. Bagi kes anda dilanggar orang lain, kebiasaannya anda boleh buat tuntutan Insuran 3rd Party kecuali kes langgar lari. Anda juga boleh buat tuntutan sekiranya kemalangan terjadi atas sbab kecuaian sendiri contohnya kemalangan akibat tertidur atau masalah brek.

Manakala Insuran 3rd Party hanya membayar kos repair orang yang anda langgar. Contohnya anda ambil Insuran 3rd Party, kemudian anda kemalangan anda melanggar kereta Siti Nurhaliza. Anda tidak boleh buat tuntutan baiki kereta anda, tetapi Siti Nurhaliza boleh buat tuntutan repair dan selepas Siti Nurhaliza buat tuntutan, NCD anda akan jadi 0%

Beza yang ketara adalah kebolehan untuk buat tuntutan untuk kereta sendiri adalah berbez antar Insuran 1st Party dan 3rd Party.

TOWING UNTUK KEMALANGAN DAN BREAKDOWN

Antara kelebihan Insuran 1st Party yang disediakan ialah towing untuk kes kemalangan dan breakdown.
Insuran 1st Party menyediakan towing & assist sekiranya kereta anda kemalangan atau breakdown. Assist ini juga termasuk kes breakdown seperti bantuan bateri, tayar pecah dan kerosakan minor.
Manakala bagi Insuran 3rd Party tidak menyediakan towing/assist. Sekiranya anda kemalangan atau kereta breakdown, anda perlu keluarkan kos sendiri untuk tujuan towing.

PERLINDUNGAN TAMBAHAN DALAM POLISI
Insuran 3rd party mempunyai rider yang sangat terhad. Cermin dan banjir adalah rider yang confirm 3rd party tak ada. Sekiranya anda melanggan 3rd party, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kos repiar kereta anda termasuk cermin.
Perlindungan tambahan atau juga disebut penambahan rider . Perlindungan tambahan selain untuk kemalangan. Bagi Insuran 1st Party ada banyak rider boleh ditambah seperti banjir / rusuhan / cermin dan passangger liability. Kebanyakkan rider-rider ini hanya ada dalam insuran 1st Party.
Manakala Insuran 3rd Party mempunyai rider yang sangat terhad. Sekarang ada sedikit kelebihan untuk Insuran 3rd Party kerana adanya Fire Protection Snatch & Thef
Berdasarkan sedikit perbandingan Insuran 1st Party dan Insuran 3rd Party. dapat membantu anda untuk memilih perlindungan yang terbaik bagi kenderaan anda.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi

NURSAFRIZA AGENCY
Pejabat : 09-764 2623
WhatsApp : Click Sini



Wednesday, August 14, 2019

KESAN TIDAK MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KESELAMATAN (Seat Belt)

Saya pernah menegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip" di kereta beliau.

Contoh : Seat Belt Clip
Dengan tanpa rasa bersalah beliau menjawab
"Senang doktor, pasang benda ini takde bunyi alarm". Runsing saya mendengar jawapan dari seorang ketua keluar 3 orang anak.

Ketika itu saya baru melapor diri bertugas di tempat baru, agak rumit untuk saya lepaskan kerisauan saya padanya, hati tetap rasa bersalah, tak silap saya ketika itu baru seminggu baru melapor diri.

Bagi yang pertama kali mendengar tentang " Seat Belt Clip", alat ini adalah satu benda untuk menipu sistem penggera tali pinggang keledar di dalam kebanyakan kereta baru.

Dengan hanya klip di ruang tali pinggang keledar maka bunyi bingit penggera yang mengigatkan agar pemandu atau penumpang supaya memakai tali pinggang keselamatan tidak akan berbunyi.

Hebatkan inovasi dari orang kita? Inovasi yang menambah mudarat.
Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang barat, kita berjaya menipu teknologi Jepun dan yang paling penting kita berjaya 'jatuhkan' Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Tahniah dan Syabas di ucapkan !!

Ok, jangan jadi pembaris untuk percaya ayat akhir tu, Sarcasm.
Jika tuan puan perasan sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalanraya yang maut akibat tercampak dari kenderaan?
Pada tahun 2017, ada satu kes kemalanggan maut dimana pemandu tercampak keluar dari kenderaan.
Melalui gambar yang dikongsi jelas kelihatan "Seat Belt Clip" telah digunakan. 'Air Bag' berfungsi dang baik "deployed" kerana "tertipu" menyangka pemandu telah memakai tali pinggang keledar. Malangnya 'klip' dan 'airbag' tidak dapat menyelamatkan mangsa dari tercampak keluar.

Syarikat Volvo yang mencipta tali pinggang keledar 3 point (3 point seatbelt) tidak mahu meletakkan patent ke atas ciptaan mereka kerana mahukan ciptaan mereka menyelamatkan sebanyak nyawa yang mungkin. Ia ciptaan yang "low tech, high impact". Orang putih cakap "It's simple Physics".
Tapi di Malaysia, tak ramai yang mampu fahami "simple physics", malah "simple logic" pun susah. Sistem yang dibina untuk selamatkan nyawa, dianggap menyusahkan.
Dah beli kenderaan berharga puluhan ribu Ringgit dengan berbagai sistem keselamatan pasif dan aktif, ditambah pula aksesori berharga hingga RM 20 untuk "tipu" sistem yang ada.
Saya mohon rakan - rakan hentikan "menipu" sistem keselamatan kenderaan. Hentikan buat perkara tak berguna macam ni.
"Aah, aku drive elok - elok. 20 tahun bawak kereta takde masalah punya. Takdenye nak accident."
Ya, setiap kemalangan jalan raya yang berlaku semuanya berlaku tanpa disangka. Nama pun "accident". Tapi, kita mesti la berikhtiar. Kena la usahakan supaya jika berlakunya kemalangan jalan raya, kita tidak tercampak keluar dari kenderaan.
Selamatkan nyawa.
Pakai tali pinggang keledar.
Buckle up.
Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Medical Mythbusters Malaysia

Tuesday, August 13, 2019

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BAYAR INSURAN DAN CUKAI JALAN

Berapa ramai di antara kita yang masih keliru dalam proses untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan? Bagi lelaki ini bukan masalah untuk mereka kerana mereka pasti lebih tahu tentang proses yang akan berlaku.

Manakala bagi golongan hawa mereka pasti ada yang masih keliru atau tak tahu tentang proses renew Insuran kereta dan cukai jalan. Ini ada sedikit info untuk anda dari ditipu oleh ejen jualan insuran.


Bagaimana jika anda tahu 5 perkara ini dapat mengurangkan risiko untuk ditipu.

PERTAMA PASTIKAN ANDA TAHU TARIKH MATI INSURAN DAN CUKAI JALAN KERETA ANDA
Sila semak tarikh yang tercetak di atas road tax kenderaan. Anda lebih baik anda set kan satu reminder khas di dalam smarphone anda seminggu sebelum tarikh tamat roadtax.
Di Nursafriza Agency kami menawarkan perkhimatan peringatan secara percuma. Peringatan akan di hantar secara berkala iatu sebulan, seminggu dan sehari sebelum tarik tamat. 
Opens in a new win kami menwarkan perkhimatan reminder secara percuma.Reminder akan di hantar secara berkala iatu sebulan, seminggu dan sehari sebelum tarik tamat. 
Sebenarnya anda boleh renew road tax 60 hari sebelum tarikh mati ataupun bersamaan 2 bulan. Disini ada boleh menyusun jadual anda proses-proses yang terlibat
KEDUA PASTIKAN ANDA MEMBAWA GERAN BERSAMA 
Adalah sangat penting untuk anda membawa geran anda bersama di dalam proses ini. Oleh kerana harga insuran dan roadtax kereta adalah berlainan bagi setiap kereta disebabkan perbezaan dari segi CC, Model Kereta, Tahun kereta, umur pemilik dan sebagainya...
Bagi wanita maklumat ini mungkin adalah sedikit rumit bagi anda, adalah lebih baik untuk anda membawa geran asal/salinan bersama. Dalam proses renew roadtax pula jika anda perurusan dengan pihak JPJ anda perlu kan geran asal untuk pihak JPJ mencetak maklumat khas di belakang geran sebelum anda mendapatkan roadtax kereta anda.
 Macam mana pulak kalau geran ada di bank? Adalah di nasihatkan anda mempunyai salinan photostat geran tersebut waupun geran asal ada di pihak bank. Harga Insuran adalah sangat berbeza setiap tahun.
KETIGA PASTIKAN KENDERAAN ANDA BEBAS SAMAN
Jika kenderaan anda mempunyai saman traffik anda terpaksa  membayar sejumlah saman tersebut. Ini adalah disebakan anda tidak akan dibenarkan untuk memperbaharu Roadtax kenderaan anda. Semua rekod traffik akan di sambungan khas ke semua sistem JPJ.
KEEMPAT SEMAK HARGA PASARAN KENDERAAN ANDA
Anda bolen menyemak harga pasara kenderaan anda di My car info . Harga pasaran adalah sangat penting kerana ia mepergaruh sejumlah besar harga insuran kenderaan anda.
Anda sepatutnya mengambil jumlah pelindungan (Sum Insured) bersamaan dengan harga pasaraan kenderaan anda. Oleh sebab, jika berlaku sebarang kemalangan pihak insuran akan menampung sume kos baik pulih maksimum sehingga jumlah harga pasaran kereta anda (sum insured).
KELIMA SEMAK NILAI NCD ANDA (DISKAUN)
Sebelum kita teruskan, saya akan terangkan sedikit  mengenai NCD bagi mereka yang tidak tahu. Jika anda sudah tahu, boleh langkau bahagian ini.
NCD adalah satu diskaun yang diberi untuk anda semasa memperbaharui insuran kereta dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Jika ini adalah tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberi, tetapi anda akan mendapat diskaun mengikut jadual dibawah untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh itu adalah penting anda semak NCD setiap tahun.
Berikut merupakan 5 pekara penting yang anda perlu tahu sebelum renew Insuran kereta dan roadtax anda. Jika ada sebrang pertanyaan tinggalkan komen anda di bawah.
 Jika waktu untuk anda memperbaharui insuran kereta anda sudah hampir dan tidak mempunyai masa. Kami menawarkan penyediaan sebut harga percuma untuk kenderaan anda TANPA GERAN ASAL  dan kami akan proses untuk anda terus dapat ROADTAX anda dalam masa satu hari sahaja.
Hubungi : 
Nursafriza Agency di talian 09-7642623 atau WhatsApp ke 013 380 7187. Dapatkan cukai insuran anda hari ini!

PERBAHARUI INSURANS KENDERAAN ANDA




MEMPERKENALKAN  cara memperbaharui Insurans Kenderaan Anda !
Apa yang kami akan membantu anda :

*Kami menyediakan insurans kereta/motor 1st party (komprehensif) dan 3rd party dari Zurich Insurance 
* Menghidupkan roadtax dan insurans tanpa geran ori.
* Semua penghantaran by runner
* Penghantaran ke seluruh Malaysia.

KELEBIHAN INSURANS KAMI

.
 Insurans & Takaful pelbagai syarikat
 24 jam auto assist hotline
 Towing percuma
 Claim approve 5 ari lepas terima dokumen lengkap
 Tiada hidden charges
 Market value terkini
 Peringatan untuk renewal seterusnya
BILA BOLEH DAPAT ROADTAX?
.
Roadtax siap SATU JAM dan dihantar terus kerumah atau pejabat anda!

SAYA BERMINAT!! 
BAGAIMANA NAK APPLY?

.
Mudah je... cuma ambikkan gambar salinan geran atau covernote insurans lama dan hantarkan ke:
WhatsApp

013 380 7187 atau click http://nursafrizaagency.wasap.my

Nursafriza Agency

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BAYAR INSURAN DAN CUKAI JALAN

Berapa ramai di antara kita yang masih keliru dalam proses untuk memperbaharui insuran dan cukai jalan? Bagi lelaki ini bukan masalah untuk ...